SURAT BERHENTI KERJA

Rata-rata pekerja yang baru pertama kali melangkah ke alam pekerjaan, mereka memilih untuk cabut lari sahaja jika mahu berhenti. Mereka ini bukan terdiri dari orang yang tidak berpelajaran. Permasalahan utama ialah, tidak faham situasi bekerja. Tidak mengetahui format sesuatu situasi dalam melaksanakan sebarang tugas dan juga, tidak ada contoh format SURAT BERHENTI KERJA.

Saya menulis menggunakan pengalaman saya selama saya sudah memasuki alam pekerjaan. Dan itulah juga yang saya lakukan. Sehabisnya SPM, saya telah bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang elektronik. Bukanlah terlalu memilih pekerjaan, tetapi saya sendiri tidak selesa dengan pergaulan bebas, pertuturan kurang sopan serta perkhidmatan yang diberikan oleh majikan terhadap pekerja. Bukan nak mengada-ngada. Tapi kami sebagai pekerja, berhak untuk bersuara. Ini tidak, sampaikan terkejar-kejar waktu nak bersolat. Pernah saya qada` semua solat sehabisnya waktu kerja. Perit sangat perit sehinggakan saya menangis setiap hari sebaik sampai di rumah.

Contoh Surat Berhenti Kerja

Berikut adalah contoh surat berhenti kerja yang saya karang sendiri. Gunakanlah ia sebaik mungkin :-

Siti Norhayati Bte. Jamalan
No. 435, Jalan Masjid, Felda Sri Jaya,
Bukit Serampang,
85210 Jementah, Ledang,
Johor Darul Takzim.


Tuan Hj. Khalil Bin Jali
Sek. SRI Seremban
Jalan Dato' Kelana Maamor,
70200, Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus. Tarikh



Tuan,

Notis Berhenti Kerja Di Sri Seremban

Saya seperti nama di atas menyerahkan surat ini sebagai notis berhenti kerja sepertimana yang telah dipersetujui, saya perlu memberikan notis dua minggu ini dan tarikh akhir saya bekerja di Sri Seremban adalah pada _________________(tarikh).

Antara sebab-sebab saya ingin berhenti kerja di syarikat tuan adalah kerana saya telah menerima tawaran kerja lain yang mana lokasinya lebih hampir dengan rumah alamat tetap saya. Masalah ini juga berkaitan dengan masalah pengangkutan.

Dikesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala nasihat, tunjuk ajar serta keperihatinan pihak tuan selama saya berkhidmat di syarikat tuan.

Semoga tuan menerima baik notis ini.

Sekian, terima kasih.



Yang benar,


................................
(Siti Norhayati Bte. Jamalan)




Semoga blog ini bisa membantu mengurangkan "kepeningan" otak anda andai terfikir untuk menulis surat berhenti kerja.

Dengan ini saya akhiri dengan wassalam..

2 comments:

ice shoe grippers said...

Post yang bagus, ada kaitan dengan artikel saya di contoh dan format surat berhenti kerja. Mohon copy dan saya akan link back (dofollow) ke post ini balik.

Asrulsani said...

Terima kasih.

Post a Comment